Akhbar Sinar: Geng Motor Serbu Stesen Minyak - CKD Ride Cherating
Page 1 of 1

sumber: http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story7670990.asp
KUANTAN - Beberapa pemandu yang berhenti mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas, Cerating dekat sini tergamam apabila melihat ratusan motosikal berkuasa tinggi menyerbu masuk memaksa mereka memberi laluan kepada kumpulan itu mengisi minyak terlebih dahulu.
Suasana yang agak luar biasa kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam bertambah hangat apabila orang ramai menyedari kehadiran penyampai radio terkenal, Linda Onn yang turut serta dalam konvoi itu.
Kemunculan pelakon dan pengacara itu menarik perhatian orang ramai apabila tampil dengan imej ‘biker’ dan menunggang sendiri motosikal berkuasa tinggi roda tiga jenis Spyder yang baru diperkenalkan di negara ini.
Pemilik stesen minyak terbabit, Mohamed Asri Hassan berkata, kehadiran kira-kira 160 motosikal berkuasa tinggi yang rata-rata keluaran Kawasaki itu sebahagian daripada gimik sempena pelancaran produk minyak pelincir dan minyak enjin terbaru keluaran Petronas.
Menurutnya, sebagai peruncit Petronas melalui syarikatnya, Fayakun Resources, usaha itu sebahagian daripada siri promosi untuk memperkenalkan produk tersebut khususnya kepada pengguna tempatan.
“Walaupun sambutan agak ringkas, kehadiran penunggang motosikal berkuasa tinggi yang rata-rata dari Lembah Klang itu menarik perhatian orang ramai.
“Kumpulan pemilik motosikal dari sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi ini mengadakan program di sini dan dalam perjalanan pulang, mereka bersetuju untuk singgah mengisi minyak sekali gus menjayakan program hari ini,” katanya.
Mohamed Asri berkata, selain singgah mengisi minyak, pemilik motosikal berkesempatan beramah mesra bersama pegawai daripada Petronas Dagangan.

Similar topics
» Kawasaki CKD Ride Shah Alam - Cherating 8-9 May 2010
» RK TTs with FZ geng at S13
» Ckd Cherating 2010 di dada Berita Harian
» Ride Penang
» Ride Betong Thailand

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum